May 2014
Penafian: Laman www.kedaicowaysue.blogspot.com ini adalah laman BLOG yang diuruskan oleh saya (Sue) yang merupakan 'Authorized Coway Health Planner' di Coway Malaysia HQ KL untuk tujuan memberi informasi tentang semua produk Coway kepada anda. Segala maklumat tentang produk adalah diambil daripada laman web rasmi Coway Malaysia 'www.coway.com.my'

Friday, May 30, 2014

Anda yakin ke air minuman kita selamat dari pencemaran?


Tahukah anda bahawa badan manusia secara puratanya terdiri daripada 70% air. Air memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air juga diperlukan untuk fungsi penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor utama pengekalan suhu badan normal.


Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2 liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.
Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan badan kehilangan air.
Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus, tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan jumlah air yang hilang. Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kepanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan di samping meningkatkan risiko jangkitan
buah pinggang.
Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan sistem saraf, kepincangan sistem metabolisme dan lain-lain lagi penyakit merbahaya yang muncul.

Pencemaran menyebabkan air tercemar


Pencemaran menyebabkan semakin banyak air di bumi ini kehilangan bentuk eksogennya. Bahan kimia seperti klorin, racun pertanian dan perindustrian, alkohol, gas beracun, bahan radioaktif dan bermacam lagi merupakan punca utama. Bila bilangan molekul air eksogen dalam badan semakin berkurangan, air akan cenderung mengganggu tindakbalas kimia dalam sel badan kita dan seterusnya mengakibatkan penyakit (tidak kira dalam jangkamasa pendek atau panjang). Maka, kualiti air mempengaruhi kesihatan kita terutamanya bila diguna untuk minum, masak, cuci, mandi setiap hari. Dalam lain perkataan, air itu sebenarnya adalah kehidupan. Tanpa air, tiadalah kehidupan!


Air yang berklorin menyebabkan barah


Pencemaran air menyebabkan berjadinya toksin / racun dalam badan kita 

Air yang berklorin dikaitkan dengan barah usus besar
The Straits Times, Khamis, Julai 2, 1992
WASHINGTON-Klorin, bahan kimia yang digunakan untuk menjernihkan kebanyakan bekalan air di Amerika Syarikat, menghasilkan keluaran sampingan yang mengakibatkan kebanyakan kes-kes barah usus besar dan kandung kemih setiap tahun, menurut kajian perubatan pada hari Selasa.
Sekurang-kurangnya 18 peratus barah usus besar (kira-kira 6,500 kes satu tahun), dan 9 peratus barah kandung kemih (kira-kira 4,200 kes satu tahun) boleh dikaitkan dengan meminum dan bermandi dengan air berklorin, mengikut laporan mereka di dalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika.
Sejak 1974, klorin diketahui boleh bergabung dengan majmuk organik di dalam air untuk membentukkan bahan kimia yang merbahaya, di kalangannya termasuk klorofom. Beberapa kajian telah membabitkan keluaran sampingan ini dengan punca barah.
Dr. Robert Morris dan rakan sekerjanya mencapai kesimpulan setelah menganalisa kajian yang telah dijalankan dalam masa 10 tahun yang lepas terhadap kemampuan air berklorin untuk mengakibatkan barah.
Beliau berkata “… terdapat satu corak yang nyata di antara meminum air berklorin dengan barah usus besar dan kandung kemih.” Kajian tersebut dijalankan di Kolej PerubatanWisconsin di mana beliau merupakan seorang pakar epidemlogi, dan di Sekolah Kesihatan Awam Harvard.
Bekalan air awam bergantung kepada klorin untuk membunuh bakteria punca penyakit dan mengekalkan ketulenan air di dalam tangki simpanan dan paip. Kira-kira 3/4 daripada bekalan air di Amerika Syarikat mengandungi klorin. Walau bagaimana pun, pengarang dan pakar yang lain menekankan bahawa kajian baru itu tidak harus menghentikan pengklorinan air.
“Potensi risiko kesihatan yang disebabkan oleh pencemaran mikrob di dalam air minuman banyak melebihi risiko barah”, beliau berkata.





Selamatkah Air Minuman Kita dari pencemaran?

Mengikut statistik yang dijalankan, kira-kira 1.1 bilion orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan tercemar dan selamat untuk diminum. Setiap tahun, hampir 5 jutamanusia yang mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air .
Penceramaran air disebabkan oleh banyak faktor . Antaranya termasuklah  pencemaran daripada paip yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun.
Walaubagaimanapun kos penggantiannya amat mahal dan sangat merumitkan untuk dijalankan.Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk melakukan pelbagai cara bagi  menangani pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu  sememangnya sukar untuk dielakkan. Bayangkan paip air yang telah berusia hampir berpuluh tahun.sudah tentu kandungan karat yang terdapat dalam paip tersebut menjadi semakin tinggi.
Karat yang terkumpul di dalam paip air itulah yang menjadi punca di sebalik air yang keruh yang mana diperolehi daripada paip yang mengalir di seluruh negara. Masalah air paip yang keruh ini lebih kerap terjadi di kawasan kampung atau kawasan setinggan.Sememangnya air keruh ini menyebabkan pelbagai implikasi terhadap kehidupan kita . Baju yang dahulunya putih kini  bertukar warna kepada  keperang-perangan.
Berhentilah daripada meminum air yang dicemari karat. Dengan teknologi masa kini,pelbagai sistem penulenan air dicipta bagi membendung masalah pencemaran air. Dengan sistem penapis yang pelbagai fungsi,maka pemcemaran air dapat dikurangkan.Lebih-lebih lagi untuk air yang diminum
Jadi,lindungilah keluarga dan diri anda daripada pencemaran dalam air minuman kita. Air merupakan  sumber kehidupan kita.Setiap titis yang kita minum itu adalah sangat bernilai.

Sedarlah bahawa badan anda perlukan air yang bersih untuk terus kekal sihat.


Untuk mendapatkan air yang bersih, cepat dan mudah...Coway ada penyelesaiannya. Cepat dapatkan model penapis air anda sekarang!








LIKE! Happy Healthy Coway.

Dapatkan Diskaun Anda Disini :)

* indicates required
Email Format
Saya menerima panggilan dan pesanan dari seluruh kawasan berikut!
Bandar Sunway | Kota Damansara | Bandar Baru Bangi | Alor Setar, Kedah | Ayer Keroh, Melaka | Ipoh, Perak | Kota Bharu, Kelantan | Seremban, Negeri Sembilan | Sungai Petani, Kedah | Kangar, Perlis | Puchong, Selangor | Bukit Jalil, Kuala Lumpur | Sungai Besi, Kuala Lumpur | Petaling Jaya, Selangor | Shah Alam, Selangor | Setia Alam, Selangor | Kajang, Selangor | Cyberjaya & Putrajaya | Ampang, Selangor | Kuantan, Pahang | Temerloh, Pahang dan Seluruh Malaysia!